tolong kami bantu kami..

My Buddies

Friday, August 3, 2012

Hai

Alamak sudah berhabuk la. Fuhh2.

Lama sangat dah rasanya tak menjenguk blog ni. Apatah lagi membelai blog ni dengan jari jemari comelku ini. Aicehwah gitu kata ko.

Last post was on 1st May maybe. And now dah bulan OGOS. Hari ni result sem 2 dah keluar. Syukur Alhamdulillah berkat doa ibu, keluarga dan rakan-rakan saya berjaya dapat Dean List. Alhamdulillah. Tak tau nak cerita kat siapa, so type kat sini jelah untuk kongsikan kegembiraan ini.

Aiyarkkk kanak-kanak ni main mercun depan rumah. Terperanjat gegirl. Ramadan yang berbaki lagi 15 hari ni lebih baik kita melakukan amal ibadah ye dak. Kanak-kanak pulak makin nak dekat raya makin aktif la dengan mercun mereka. teringat masa kecik-kecik dulu. Minta duit sikit-sikit. Sehari RM1 pastu kumpul-kumpul boleh beli mercun. Then malamnya main dengan kawan-kawan. Seronok sangat-sangat. Bila time bulan Ramadan ni la rasa bebas sikit nak keluar rumah malam. hehe.. Tapi keluar kawasan dekat-dekat rumah jelah. Alasannya nak pegi sembahyang terawih. Sembahyang  tu sembahyang. Tapi dah namanya pon budak-budakkan so just sembahyang 8 rakaat jelah. :)

Idea terjejas dek kerana kucing ni kacau kite nak menaip. Sakit tahu kuku kamu tu sang kucing. Dah hilang segala apa yang nak diceritakan tadi. Next time kalau rajin boleh taip lagi ok.

Anyway SALAM RAMADAN dari saya Nur Rahmah. Jangan ponteng puasa tau

dah malas. chow chin chow.

:)

Tuesday, May 1, 2012

1 M.E.I 2012


SELAMAT HARI PEKERJA.. Nikmatilah cuti yang hanya sehari ni dengan sebaiknya. Tapi ada jugak yang kena bekerja hari ni kan? Kesian. Nak buat macam mana redha jelah. Macam mana kalau memang betul-betul semua pekerja cuti? Polis cuti, doktor cuti, bomba cuti, hihi.. kalau polis cuti penjenayah pun kena la cuti jugak ye. Habis kalau doktor cuti, siapa2 yang rasa emergency nak terberanak hari ni ermm macam mane ek? postpon rasa sakit tu? MEREPEK.. pfffffffffftttt suka hati la nak tulis apa.

Siapa yang hari jadi dia hari ni? Angkat tangan. SELAMAT HARI LAHIR. kepada abang saya selamat hari lahir, semoga cepat jadi ayah, dan dimurahkan rezeki.

Kenapa hari pekerja jatuh pada 1 MEI ???

Sunday, April 1, 2012

K.I.S.A.H S.E.B.E.N.A.R A.P.R.I.L F.O.O.L



Assalamualaikum. Bagi siapa2 yang belum terbaca atau belum tau kisah sebenar April Fool, boleh luangkan masa sekejap kat sini. sama sama kita renungkan.

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.

A.P.R.I.L


Dah masuk bulan April 2012. Umur pun dah semakin meningkat. You know what? April 1st is my birthday. hehe... Hari ni bukan hari April fool ok. Tak baik sambut APril fool. Mengikut apa yang saya dah baca, hari tersebut merupakan hari kejayaan orang Kristian menewaskan orang Islam kat Sepanyol suatu ketika dahulu. Nanti saya post kan pasal kisah sebenar hari April Fool ok.

Sempena hari lahirku pada hari ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu yang melahirkan saya. Semoga mak sihat selalu. I love You mak.. Terima kasih jugak kat arwah abah yang bekerja keras utk membesarkan anak-anak. I love you both so much.

:)
TC

Wednesday, March 28, 2012

S.P.O.T T.H.E D.I.F.F.E.R.E.N.C.E

Assalamualaikum dan selamat pagi.

tengok gambar kat sebelah ni. haha SPOT THE DIFFERENCES. Penyertaan dibuka. Siapa yang dapat cari banyak perbezaan dia akan dinobatkan sebagai pemenang. Nak hadiah tak. Hadiah Utama merupakan PERCUTIAN DI RUMAH SENDIRI selama 7hari 7 malam. Tak nak lepaskan peluang yang dah ada kat depan mata ni kot.

Senda di pagi hari. Gambar ni baru je diambil semalam. Kebetulan kitorang pakai tudung yang sama. Sebijik kot colour dia. Lepas tengok baju pulak. Coraknya pun lebih kurang sama je. haha. Lecturer pun ada tegur gak. "Korang janji nak pakai sama ke?" Ini bukan janji. Ini la yang dinamakan jodoh. Eh silap kebetulan yang tak disengajakan. ade ke kebetulan yang disengajakan? Purse pun sama kata ko. haha Warna je lain.kuikuikui.

tu je la yang nk kongsi kali ni.
bye
take care.

Monday, March 26, 2012

M.Y G.E.N.E.R.A.S.I

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tak berblogging. Kali ni nak post pasal permainan kanak-kanak generasi 90an. wink2 terbayang-bayang waktu kecil2 dulu.

Suka sangat video MY GENERASI ni. Try la tengok.
Video ni tentang generasi 90-an. FYI saya juga tergolong dalam generasi ini.

Antara permainan-permainan generasi 90an ialah.. jeng jeng jeng...

LOMPAT GETAH.
Permainannya macam ni, 2 orang akan pegang hujung getah yang telah disambung jadi panjang. Lepas tun sorang akan lompat. Mula-mula getah tu paras tanah, pastu naik paras lutut, pinggang, bahu dan akhir sekali kepala. Kalau tak lepas maknanya orang tu hilang giliran. Pemain yang lain la pulak yg akan lompat. Macam tu la.

*psttt saya terer ok main ni dulu.jgn jeles.


BATU SEREMBAN
Ada 7 biji batu. Kena lambung, imbang dan sambut. Kalau tak dapat sambut maknanya kalah la. :). Sebiji batu yang dapat tangkap tu markahnya adalah 2 point.


TUTUP TIN
Seperti dalam gambar kat atas ni. Pemain akan cuba tembak target yang kat hujung tu guna tutup tin yang paling dekat dengan pemain tersebut. Tutup tin yang tengah tu sebagai penghalang la. Mencabar bukan..haha.


TEPUK TERUP
Siapa yang pernah main ni sila angkat kening. Permainan ni biasanya budak laki yang main. Tapi kalau ada budak perempuan yang nak main jugak apa salahnya. Kan-kan? Pemain kena tepuk terup yang disusun sampai terup tu terbalik. Yang terbalik tu akan jadi pemain tu yang punya. Siapa yang dapat banyak dia la yang paling gagah dalam permainan ni.haha.. Siapa yang pernah main tu faham la macam mana cara main benda ni. (tak reti nak explain :p)

TENG-TENG
Antara permainan yang famous suatu ketika dahulu. aiceh wah. Main lompat-lompat guna satu kaki. Best. Try la. Nampak tak lukisan tu. Ada kotak-kotak. Kat dalam kotak tu la kita kena lompat satu persatu. Lepas tu batu tu sebagai token kita macam tu lebih kurang. ngee

BALING TIN & BALING SELIPAR
Permainan ni memerlukan kerjasama dalam kumpulan. Dua2 permainan ni lebih kurang sama je. Baling tin atau selipar sampai jatuh lepas kena susun balik. Kumpulan lain kena jaga kumpulan lawan, halang mereka susun semula tin or selipar tu. Dengan cara baling selipar ke arah pemain. Siapa yang kena dia kena keluar dari permainan tersebut.


LAWAN PEMADAM
Seperti dalam gambar. "TAP TAP"
(haha. ok tak reti nak express in words)

CONGKAK
Ada 7 lubang kiri dan kanan.So total ada 14 lubang. Lubang hujung sekali dipanggil rumah. Click here for more information.

Ada lagi ke? Ok sampai sini dulu la ye. Kalau ada lagi yang tertinggal komen2 la kat bawah ni. Lapar dah ni. hihi.
bye.
Take care.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...