tolong kami bantu kami..

My Buddies

Thursday, August 4, 2011

SALAM RAMADAN


Masih belum terlambat kan nk ucap salam ramadan. ala hari ni baru hari keempat ramadan. itu maksudnya lagi 26 hari lagi nak raya..hehehe..Tapi kena la puasa penuh baru boleh raya..Umat Islam wajib mengerjakan rukun Islam yang ketiga ini di bulan Ramadan.

Sempena bulan yg mulia nie marilah kita melakukan ibadah yg lebih kepada Allah swt. Kurangkan la mengumpat bagi yang suka mengumpat tu. banyak-banyak kan la buat kebaikan dan kebajikan. Elakkan maksiat, rasa ingin marah, hasad dengki dan lain-lain. Memang la bulan Ramadan nie syaitan sudah diikat, tapi nafsu tu yang nak dijaga. Kawal dengan rapi. Nafsu nie kalau kita tak kawal tu la yang boleh menyebabkan kita nak buat benda-benda yang tak elok. Oleh itu, marilah kita sentiasa ingat akan Allah.

Bulan Ramadan nie ada banyak kelebihannya. Bulan Ramadan hadir selepas bulan Rejab dan Syaaban yang juga tidak kurang keistimewaannya.

Antara kelebihan dibulan Ramadan adalah :
  • Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadan manakala pintu neraka pula ditutup.
  • Syaitan diikat supaya kita dapat menunaikan ibadat dengan penuh keikhlasan.
  • Puasa mampu menghindar kita dari terjatuh ke lembah maksiat dan dapat menghapuskan dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  • Bulan yang mempunyai malam istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.
  • Bulan pahala berlipat kali ganda.
dan banyak lagi kelebihan yang ada sepanjang Ramadan. Selamat Berpuasa dan banyakkan beramal dengan ikhlas. :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...